Apabila masuk kebun, kita mula tertanya-tanya. Selain baja tabur,
baja apa lagi yang aku boleh pakai. Supaya hasil kebun bertambah dan
terus bertambah.
Lalu macam-macam lah jenis baja keluar. Ada jenis tebuk. ada jenis
serbuk, ada jenis sembur daun dan ada jenis air. Lepas tengok baja
cecair ni macam bagus, kita pun berminat nak cuba.
Tapi……… Ada kawan kita kata, “Jangan guna baja cecair. Bahaya. Nanti baja cecair ni paksa pokok berbuah!”
Benarkah begitu? Jom kita tengok mitos-mitos popular baja cecair.
MITOS PERTAMA: “Baja cecair adalah baja paksa pokok
berbuah”. Ini yang kita selalu dengar. Bila dah pakai baja cecair, pokok
akan berbuah tak henti-henti. Akhirnya pokok tak berbuah langsung.
Yang betul: Bukan semua baja cecair
adalah baja paksa buah. Yang paksa buah tu adalah booster. Iaitu yang
ada kandungan kimia tinggi. Manakala, baja cecair jenis organik tak akan
paksa buah. Malahan ianya bertindak sebagai pelengkap baja butiran NPK.
MITOS KEDUA: “Cukuplah baja cecair sahaja. Kos baja
akan turun drastik. 74.99%!”. Ini juga kita selalu dengar apabila orang
offer baja cecair.
Yang betul: Baja
cecair hanya sebagai baja tambahan. Ianya tetap memerlukan baja
butiran. Contohnya baja cecair FOG. Pada awal-awal promosi, mereka sudah
beritahu bahawa baja FOG adalah baja cecair dan sebagai baja tambahan.
Sebagai pelengkap baja butiran untuk merawat kes tandan tak keluar.
MITOS KETIGA: “Kalau baja cecair ni power sangat, kenapa syarikat besar tak guna?” Ini lagi satu ayat mitos popular.
Yang betul: Jenis baja diladang-ladang
besar adalah berbeza. Ada yang guna baja jenis tabur sebatian. Ada yang
guna baja tabur campuran. Dan ada juga yang guna baja cecair. Mereka
juga guna baja cecair dan ianya sebagai baja tambahan untuk melengkapkan lagi nutrient baja butir.
No comments:
Post a Comment