Sunday, 26 November 2017

Ok kita cerita pasal sejarah sawit ya...




Nama saintifik Sawit ialah Elaeis guineensis Jacq. Ia berasal dari Afrika Barat.
Sawit mula-mula dibawa ke negara ini oleh orang British untuk dijadikan pohon hiasan di dalam taman pada tahun 1870-an. Sawit sebenarnya sudah digunakan secara meluas di negara lain. Antara bukti awal kegunaan sawit adalah: 
·         Kesan minyak sawit yang dijumpai dalam tempayan pengebumian yang berusia 5000 tahun di Abydos, Mesir
·         Sebagai bahan pertukaran dalam sistem barter untuk mendapatkan garam berkurun dahulu
·         Sebagai minyak pelincir jentera dan bahan asas untuk menghasilkan lilin, sabun dan marjerin pada kurun ke-19 di Eropah.
Sawit mula bertapak secara meluas di Malaysia pada tahun 1960-an. Ketika itu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan skim penerokaan tanah untuk menanam pokok sawit.
Pada hari ini,Sawit tumbuh dengan suburnya di ladang-ladang sawit di seluruh negara, iaitu dari Perlis hingga ke Sabah.


Sunday, 12 November 2017

Bermulalah kisahku.....

Aku nak share sikit psal kehidupan aku sebagai anak felda. Aku adalah generasi kedua Felda Tenang selepas kematian kedua org tua aku. Pemilikan tanah jatuh kat nama aku.

Kat Felda Tenang ni,keluasan tanah adalah 10 ekar. 9.45 ekar adalah tanah kebun sawit manakala 0.15 ekar adalah tapak rumah. Pokok sawit kat kebun aku berusia 17 tahun,iaitu mula ditanam pada Dec 2000. Sebelum tu kat felda kitaorang di tanam getah.

Sawit kat kebun aku mula mengeluarkan hasil pada tahun 2003-2004 mcm tu. Aku pun tak ingat sangat.hehe. Alhamdulillah la dgn duit sawit tu la arwah ayah aku menyara kehidupan kami sekeluarga. Dgn duit sawit tu juga lah aku membesar.

Ok next time aku kongsi lagi ya....

                       

Wednesday, 8 November 2017

Assalamualaikum salam pembuka bicara

Terima kasih kehadrat Illahi kerana diberi peluang untuk memuat kisahku sebagai generasi kedua Felda Tenang

Nak tahu lebih lanjut pasal aku?..Tungguuu..hehe..ok bye