Apabila masuk kebun, kita mula tertanya-tanya. Selain baja tabur,
baja apa lagi yang aku boleh pakai. Supaya hasil kebun bertambah dan
terus bertambah.
Lalu macam-macam lah jenis baja keluar. Ada jenis tebuk. ada jenis
serbuk, ada jenis sembur daun dan ada jenis air. Lepas tengok baja
cecair ni macam bagus, kita pun berminat nak cuba.
Tapi……… Ada kawan kita kata, “Jangan guna baja cecair. Bahaya. Nanti baja cecair ni paksa pokok berbuah!”
Benarkah begitu? Jom kita tengok mitos-mitos popular baja cecair.
MITOS PERTAMA: “Baja cecair adalah baja paksa pokok
berbuah”. Ini yang kita selalu dengar. Bila dah pakai baja cecair, pokok
akan berbuah tak henti-henti. Akhirnya pokok tak berbuah langsung.
Yang betul: Bukan semua baja cecair
adalah baja paksa buah. Yang paksa buah tu adalah booster. Iaitu yang
ada kandungan kimia tinggi. Manakala, baja cecair jenis organik tak akan
paksa buah. Malahan ianya bertindak sebagai pelengkap baja butiran NPK.
MITOS KEDUA: “Cukuplah baja cecair sahaja. Kos baja
akan turun drastik. 74.99%!”. Ini juga kita selalu dengar apabila orang
offer baja cecair.
Yang betul: Baja
cecair hanya sebagai baja tambahan. Ianya tetap memerlukan baja
butiran. Contohnya baja cecair FOG. Pada awal-awal promosi, mereka sudah
beritahu bahawa baja FOG adalah baja cecair dan sebagai baja tambahan.
Sebagai pelengkap baja butiran untuk merawat kes tandan tak keluar.
MITOS KETIGA: “Kalau baja cecair ni power sangat, kenapa syarikat besar tak guna?” Ini lagi satu ayat mitos popular.
Yang betul: Jenis baja diladang-ladang
besar adalah berbeza. Ada yang guna baja jenis tabur sebatian. Ada yang
guna baja tabur campuran. Dan ada juga yang guna baja cecair. Mereka
juga guna baja cecair dan ianya sebagai baja tambahan untuk melengkapkan lagi nutrient baja butir.
Saturday, 14 April 2018
Wednesday, 11 April 2018
KUMBANG BUNGA SAWIT.. BILAKAH WAKTU KUMBANG INI AKTIF.??
Kaedah pembentukan tandan buah kelapa sawit bermula dari bunganya. Iaitu bunga jantan dan bunga betina.
Bunga jantan akan hasilkan debunga (pollen). Debunga ini akan masuk ke tiub bunga betina. Lalu terbentuklah tandan buah kelapa sawit pada bunga betina tersebut.
✒BAGAIMANA DEBUNGA INI BERPINDAH?
1. Debunga ini boleh berpindah secara semula jadi. Iaitu dengan dibawa oleh angin.
2. Kaedah manual. Iaitu dengan mengambil bunga jantan dan buat pendebungaan manual pada bunga betina.
3. Kaedah pendebungaan oleh kumbang. Kaedah ini adalah semula jadi dan cekap. Kumbang akan membawa bunga jantan pergi ke bunga betina.
✒BAGAIMANA KUMBANG INI HIDUP?
Kumbang ini boleh dikatakan hidup pada bunga jantan sawit sahaja. Kumbang-kumbang ini akan bergerak ke arah bunga betina sekiranya bunga betina mengeluarkan bau seperti bunga jantan.
Mengikut kajian pada tahun 1980, seekor kumbang jantan boleh membawa sebanyak 235 biji debunga. Manakala kumbang betina pula hanya mampu membawa 56 biji debunga sahaja.
✒BILAKAH WAKTU KUMBANG INI AKTIF?
Kumbang-kumbang ini aktif di waktu pagi. Semasa bunga jantan sedang berkembang, bilangannya sangat tinggi.
Pada waktu inilah berlakunya proses pendebungaan. Aktiviti mengawan dan dan juga kumbang betina bertelur juga berlaku.
✒APAKAH YANG MEROSAKKAN KUMBANG PENDEBUNGAAN?
☀CUACA
Kumbang tidak aktif apabila tiba waktu tengah hari. Cuaca waktu ini panas dan kumbang berlindung disebalik bunga jantan.
Apabila tiba waktu cuaca mendung atau hujan, kumbang ini juga tidak aktif. Sekiranya berlaku hujan lebat berterusan, bilangan jumlah kumbang akan menurun.
🛢RACUN
Racun menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Ini menjadikankan kumbang tidak selesa. Keadaan ini boleh menyebabkan kumbang keluar atau mati.
🐁TIKUS
Tikus akan merosakkan bunga pokok sawit. Terutama bunga jantan. Akibatnya kumbang pendebungaan tiada tempat tinggal.
Lalu tidak berlakulah proses pendebungaan sawit.
TINGKATKAN KUALITI BUNGA SAWIT AGAR KUMBANG PENDEBUNGAAN BOLEH HIDUP BAIK DAN MELAKUKAN PENDEBUNGAAN DENGAN SEMPURNA

Sunday, 8 April 2018
TAHU KAH ANDA??
Penggunaan baja kimia secara berlebihan akan menyebabkan tanah berasid dan bertoksik.
Penggunaan baja N,P, K hanya memberi makanan terus kepada tumbuhan, tetapi tidak menjadikan tanah dan tanaman menjadi subur.
Penggunaan baja kimia juga akan merosakkan struktur tanah dan keupayaan tanaman menerima zat menjadi rendah.
Oleh itu, membaikpulih tanah yang berasid dengan baja FOLIAR amat berkesan dan digalakkan.
Tuesday, 3 April 2018
KAEDAH PENANAMAN KELAPA SAWIT YANG BETUL
Kaedah penanaman kelapa sawit tidak sukar, untuk petani dan usahawan yang telah mengalami pasti mereka tahu lebih macam mana nak tanam kelapa sawit, supaya mereka mendapatkan tanaman yang baik, anda perlu rajin dan teliti dalam merawat minyak sawit. Di sini kami ingin berkongsi proses penanaman kelapa sawit yang betul.
1. Penyediaan tanah
kelapa sawit ditanam di tanah baru atau tanah dari hutan yang baru dibersihkan untuk pertanian, atau bekas ladang getah dan lain-lain, apabila bekas ladang kelapa sawit yang sudah tua maka diamalkan tanam semula sawit. Penyediaan tanah di bekas hutan atau digunakan tanaman lain seperti getah, melakukan beberapa pekerjaan:
2. Menentukan Jarak Tanam Kelapa Sawit
Petani perlu menetapkan tanah yang akan ditanam dengan kelapa sawit mengikut jarak yang betul. Perhatikan keadaan tanah di beberapa perkara: jenis tanah, kontur tanah, sumber air, dan anda boleh menggunakan sistem segi tiga sama sisi, dengan menetapkan jarak tanam : 9 meter x 9 meter x 9 meter.
3. Membuat lubang untuk penanaman kelapa sawit
Para petani perlu membuat lubang untuk menanam kelapa sawit menanam beberapa hari sebelum kerja bermula. lubang saiz yang baik adalah 50 cm (panjang) x 40 cm (lebar) x 40 cm (mendalam).
4. Penanaman Kelapa Sawit
Bagaimana kaedah penanaman anak benih kelapa sawit daripada polibeg :
Kami mengesyorkan bahawa anda melakukan kaedah penanaman kelapa sawit yang betul pada awal musim hujan..
Subscribe to:
Posts (Atom)