Nama saintifik
Sawit ialah Elaeis guineensis Jacq. Ia berasal dari Afrika Barat.
Sawit mula-mula
dibawa ke negara ini oleh orang British untuk dijadikan pohon hiasan di dalam
taman pada tahun 1870-an. Sawit sebenarnya sudah digunakan secara meluas
di negara lain. Antara bukti awal kegunaan sawit adalah:
·
Kesan
minyak sawit yang dijumpai dalam tempayan pengebumian yang berusia 5000 tahun
di Abydos, Mesir
·
Sebagai
bahan pertukaran dalam sistem barter untuk mendapatkan garam berkurun dahulu
·
Sebagai
minyak pelincir jentera dan bahan asas untuk menghasilkan lilin, sabun dan
marjerin pada kurun ke-19 di Eropah.
Sawit mula
bertapak secara meluas di Malaysia pada tahun 1960-an. Ketika itu, kerajaan
Malaysia telah memperkenalkan skim penerokaan tanah untuk menanam pokok sawit.
Pada hari
ini,Sawit tumbuh dengan suburnya di ladang-ladang sawit di seluruh negara,
iaitu dari Perlis hingga ke Sabah.
No comments:
Post a Comment